KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026


Mencetus Minat, Memperkasa Inovasi, Membina Generasi Masa Hadapan
KOTA BHARU, 20 September 2026 – Karnival STEM Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 telah melabuhkan tirainya selepas berlangsung selama dua (2)hari, 19 hingga 20 September 2026, di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu.
Majlis Perasmian Penutupan disempurnakan oleh YB Dato’ Ustaz Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan.
Karnival ini menjadi platform untuk meningkatkan minat dan kesedaran terhadap STEM, kemahiran penyelesaian masalah, inovasi serta pendedahan kepada teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan (AI) dan digitalisasi.
Dalam ucapan, YB Dato’ Ustaz Haji Wan Roslan menegaskan bahawa pendidikan STEM perlu dipandu oleh aqidah, syariat dan akhlak bagi melahirkan generasi berilmu, berintegriti dan mampu menyumbang kepada pembangunan negeri serta kemakmuran ummah.
Karnival turut meraikan kejayaan tiga sekolah YIK dalam Malaysia Techlympics 2026 Zon Pantai Timur, selain mengetengahkan usaha pendigitalan pendidikan melalui Digital Maker Hub (DMH) di Pusat Pengajian Pondok Kandis, Bachok.
YB turut menyeru pelajar agar terus ingin tahu, berani mencuba, tidak mudah berputus asa dan mengamalkan integriti, manakala guru dan ibu bapa disaran terus menyokong minat anak-anak dalam bidang STEM.
Ilmu Diperkasa • Inovasi Dicetus • Generasi Berkualiti Dibina
- Last updated on .
- Hits: 41






